Nov 6, 2010

Guna dinar emas akan henti perang mata wang: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 1 November 2010: Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar Amerika Syarikat mewujudkan masalah bagi negara kerana mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.